RAMADHAN


Sunday, June 5, 2011

Warkah untuk my future daughter

I bet you had been grown up as an independent person with a big heart.

Pertama sekali, sorry kalau rumah terlalu penuh dengan adik-beradik awak yang lain. Your father is basically the best man I ever met. Mama dan papa walau macam mana bertelingkah sekalipun everyday, we get 'harmonize' every night. Jadi, salahkan lah papa awak sebab dia memang sangat hot.

Mama nak bila awak keluar nanti, jangan jangan lah bermakeup tebal tebal. Awak tak nak kan lelaki suka awak pasal awak mirip dengan artis pujaan diorang Maya Karin.. dalam Pontianak Harum Sundal Malam tu kan? Haa, kalau shopping bawak mama sekali jangan lupa. Kita ada hobi yang sama. Shopping kasut ke baju ke tak kisah. Cuma berpada-pada dengan duit yang ada.. maksudnya; duit sendiri. Duit yang awak usahakan dengan pekerjaan yang halal. Tak payah tunggu lelaki belanja. Tunjuk kat diorang awak boleh berdiri atas kaki sendiri dan poket sendiri.

Bila awak bershopping, pilih baju yang sesuai dengan usia awak bukan usia adik-adik awak yang lain. Dulu masa mama baya awak kan, mama tak ada la baik sangat tapi tak perlu menonjolkan sesuatu yang patut kita covered and safe tu okay? Awak tak nak nak lelaki suka awak pasal awak mirip dengan cover girl magazine Playboy yang diorang baca diam-diam tu kan? Mama akan suka kalau awak sentiasa bertudung.. sure extra comel =) Zaman mama, orang dok sibuk pakai Hana Tajima. Orang akan nampak 'Hana Tajima' je kalau tengok sekali imbas. Pastu pulak orang pakai kemeja masuk dalam pants. Dari jauh nampak sama je. Tak outstanding kan? So zaman awak tak tau la orang berfashion macam mana tapi tak perlu nak keep on play with fashion alright sayang. 

Kalau awak teringin nak ada boyfriend, mama tak akan halang. Lelaki tu kena handsome macam papa awak, jadi pendorong untuk awak berjaya dunia dan akhirat. Jangan pasal sayang awak ke dia pelajaran awak entah kemana pahala dosa tidak diambil kira. Baik single je. Secara jujurnya, mama tak faham macam mana orang baya awak pada zaman mama bercinta. They treat love like a toy. Don't be one of them.. Love is a gift from Him. If you look around and see your friends happy with their boyfriend, don't be jealous (like mama, sometimes). Someone is on his blessed journey to met you. Just wait for the time Allah had written for both of you okay sayang. When there's a guy flirting you, don't give hopes. When there's a guy said that he loves you, you don't need to push yourself to tell the same thing if your heart doesn't said so.

Mama nak ingatkan, ada macam macam jenis lelaki pada zaman mama. Zaman awak tak tau la. Jaga diri awak tu baik-baik okay. Kita ni istimewa pasal kita ni perempuan. Mama harap awak akan bijak mengambil langkah baik dan buruk. Betul dan salah. Mama pun nak ingatkan, ada macam macam jenis perempuan pada zaman mama. Macam yang mama cakap tadi, perempuan ni istimewa. Salah satunya; bergosip. Mama takkan pukul awak kalau awak dan kawan awak bercerita pasal ketua pengawas sekolah lelaki yang awak dan kawan awak minat tu. Tapi jangan tukarkan gosip kepada finah ye sayang? Pasal mulut ni (terutamanya mulut perempuan) boleh mengakibatkan perpecahan. Jadi, hati-hati menggunakan kurniaan Allah yang bernama - mulut. 

Jika satu hari nanti seorang lelaki datang dekat awak lepas main-main mata lalu mintak nombor phone awak, tak ke awak rasa cara tu easy sangat? Macam senang sangat nak dapat bercinta dengan awak. Senang senang awak kasi nombor mama kat diorang. Biar mama jadikan yang 'easy' tu kepada 'hard' okay? Awak jaga diri awak yang berharga tu sebijak-bijaknya ye sayang? =)

Salam sayang, your mother ♥


^